Oleh: Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-
Rumaih
Sumber: http://almanhaj.or.id
Di edit oleh: Abu Usamah
Allah memberikan setiap waktu dengan
keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-
beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu
yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi
kebanyakan orang mensia-siakan
kesempatan yang baik tersebut. Mereka
menyangka bahawa seluruh waktu memiliki
nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap
muslim seharusnya memanfaatkan waktu-
waktu yang utama dan mulia untuk berdoa
agar mendapatkan kejayaan, keuntungan,
kemenangan dan keselamatan. Adapun
waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain
ialah
(1). Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu
bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang
Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap
malam ke langit dunia hingga berbaki
sepertiga akhir malam, lalu berfirman ;
barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan
kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti
Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang
meminta ampun, pasti Aku akan
mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab
Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)
(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang
Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu
'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang
berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang
tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis
Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775.
Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422.
Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam
Misbahuz Zujaj 2/17),
(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang
doa yang paling didengari oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu
'alaihi wa sallam menjawab.
"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir
dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat
13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam
Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No.
2782).
(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu
bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.
"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau
jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa
ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu
Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan
Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim
dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam
Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-
Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No.
672).
(5). Sesaat ketika Hari Jum'at
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa
Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada
satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan
memohon sesuatu kebaikan kepada Allah
melainkan akan diberikan padanya, beliau
berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya
waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab
Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah
3/5-6)
Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui
secara tepat dan masing-masing riwayat
menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-
beza, sebagaimana yang telah disebutkan
oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.
Dan kemungkinan besar waktu tersebut
berada ketika saat imam atau khatib naik ke
mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau
sehingga selesai waktu shalat ashar bagi
orang yang menunggu shalat maghrib.
(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada
Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum
Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir
Kepada Allah
Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu
bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda.
"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam
keadaan suci lalu terbangun pada malam hari
kemudian memohon sesuatu tentang urusan
dunia atau akhirat melainkan Allah akan
mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab
Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-
Mundziri 1/371 No. 595)
Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.
(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail"
terbangun dari tidur pada malam hari.
(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu
bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.
"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara
adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab
Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab
Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab
Tamamul Minnah hal. 139)
(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam
Shalat
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda.
"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka
bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat
itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih
Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul
Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)
Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan
layak untuk dikabulkan doa kamu.
(9). Ketika Saat Sedang Hujana
Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu
bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda.
"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ;
doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu
hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan
oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh
Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab
doa pada waktu hujan tidak ditolak atau
jarang ditolak ialah kerana pada saat itu
sedang turun rahmat khususnya curahan
hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir
3/340).
(10). Ketika Saat Ajal Tiba
Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah
'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu
Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau
mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka
lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya
kemudian bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut,
maka pandangan mata akan
mengikutinya' . Semua keluarga histeria.
Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah
kalian berdoa untuk diri kalian kecuali
kebaikan, kerana para malaikat mengamini
apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim,
kitab Janaiz 3/38)
(11). Ketika Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik
daripada seribu bulan. Pada malam itu turun
malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan
izin Tuhannya untuk mengatur segala
urusan. Malam itu penuh kesejahteraan
sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)
Imam As-Syaukani berkata bahawa
kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa
setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud
Dzakirin hal. 56)
(12). Doa Ketika Hari Arafah
Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari
bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi
Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari
Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-
Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No.
2598)
[Disalin dari buku Jahalatun nas fid du'a, edisi
Indonesia Kesalahan Dalam Berdoa, oleh
Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih,
hal 181-189, terbitan Darul Haq, penerjemah
Zainal Abidin Lc]
Waktu-waktu Yang Mustajabnya Doa
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
andy_dsc. Diberdayakan oleh Blogger.
0 komentar:
Posting Komentar
Terimakasih Telah Berkunjung,
Silahkan Tinggalkan Komentar Anda.